LAMAN WEB RASMI

PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN (PPK) PUTRAJAYA

Koleksi Buku

KOLEKSI TERBARU

Pilihan Pustakawan Bulan Ini

URUS REZEKI

URUS REZEKI

Bonda Nor , Aziana Ar
Mudah Musafir

Mudah Musafir

Irni Fazrita Farid
Kisah Zulaikha 18

Kisah Zulaikha 18

Xanseviera
Hanoi ke Kunming - 18 Hari Perjalanan Merentas Vietnam dan China

Hanoi ke Kunming - 18 Hari Perjalanan Merentas Vietnam dan China

Norsa'adah Ahmad
WANITA YANG TERSAKITI

WANITA YANG TERSAKITI

Sharaf

WANITA YANG TERSAKITI

Penulis : Sharaf  |  Penerbit : DEAR NOVEL|  ISBN : 9789672902539

Kerana bukan semua cerita cinta berakhir dengan sempurna. Dosa yang dilakukan oleh Nawa Safiyya adalah satu sahaja iaitu jatuh cinta dengan Muhammad Feyzal Zavier. Dan lelaki itu, lelaki yang membuatkan Nawa takut untuk jatuh cinta, kembali semula ke dalam hidupnya. Dalam sebuah majlis perkahwinan aturan Butik Blue Tulip, Nawa bertemu dengan Feyzal. Pertemuan Feyzal dengan wanita yang menjelma secara mengejut dan menghilang seperti debu itu selalu bermain di ruang kepala. Namun, dalam hidup Feyzal dia sudah punya bidadari lain. Rheana Khan yang menganggap Feyzal sebagai lelaki utusan Tuhan untuknya. “Siapa sebenarnya awak dalam hidup saya, Fiyya?” – Feyzal “Saya bukan siapa-siapa. Saya cuma memori yang awak tak patut kutip semula.” – Nawa Nawa mula terumbang-ambing. Dia tidak mampu untuk menjadi nakhoda kisah hidupnya sendiri kerana buntu dengan kehadiran Feyzal yang semakin cuba mendekati dan menghampirinya. Feyzal sekadar mahu tahu, siapa Nawa. Adakah Nawa memori yang telah dia lupakan selama enam tahun ini? Jika ya, apa sebenarnya hubungan lalu mereka? Mengapa dalam mata Nawa dia hanya nampak luka dan derita, kerananya? “Awak bukan kawan saya. Awak tipu, Fiyya. Susah sangat ke awak nak cakap dengan saya, awak ni siapa, Fiyya? Saya tahu kita pernah ada hubungan istimewa dahulu. Cuma, awak sahaja yang tak mahu cerita. Sebab apa?” – Feyzal “Leave me alone! Please, jangan kacau saya atau cari saya!” – Nawa Nawa jadi tersepit antara kisah cinta lama dan takdir baharu. Kalau bukan kerana kemunculan Feyzal dalam hidupnya, perasaannya tidak akan berbolak-balik dan ruang hati untuk Abbas Zulkarnain tidak akan menjadi sempit.

Bagaimanakah kesudahan kisah mereka nanti? Dapatkan buku di PPK yang berdekatan.

Hanoi ke Kunming - 18 Hari Perjalanan Merentas Vietnam dan China

Penulis : Norsa’adah Ahmad |  Penerbit : Firdaus Press Sdn Bhd|  ISBN : 9789672435013

Tidak pernah travel seorang diri ke negara asing. Dalam episod perjalanan kali ini, aku ditemani adik dan anak saudaraku semasa di Hanoi. Kemudian, bergerak ke Sapa, Vietnam secara solo sehingga tamat pengembaraan yang berakhir di Kunming, China.

Tidak menyangka akan melakukan perjalanan yang panjang ini berseorangan. Perancangan yang berubah di saat akhir. Namun, aku teruskan.

Mencicip kopi dan menikmati popiah Vietnam di Hanoi Train Street, menaiki feri ke Halong Bay dan melewati anak tangga di perkampungan Cat Cat, Sapa.
Merentas ke China di sempadan Lao Cai – Hekou dan menaiki keretapi laju antara bandar di wilayah Yunnan, China. Melawat kota lama Dali, Lijiang dan Guandu yang mengekalkan ciri klasik dan seni bina bangunan lama. Meredah hujan ais dan salji di Jade Dragon Snow Mountain dan hiking Tiger Leaping Gorge.

Menjalani 18 hari yang bersilih ganti dengan putaran emosi gembira, kecewa, sedih, marah, keliru dan takut. Semua itu warna-warni yang dirakamkan dalam buku kembara ini.

Mahukah travel solo lagi?
Mungkin.
Percayalah, kau boleh pergi jauh.

Dapatkan buku di PPK yang berdekatan.

Mudah Musafir

Penulis : Irni Fazrita Farid|  Penerbit : Hamare Group |  ISBN : 9789672455929 

Hidup umpama menaiki kereta api. Banyak stesen persinggahan. Lain padang lain pemandangan dan lebih luas pemandangan. Ada sahaja cerita yang boleh menjadi teladan atau sempadan. Pemandangan indah kadangkala sudah cukup untuk mekar jiwa dan jati diri.

Perjalanan hidup atau bermusafir tidak terkira ribuan batunya. Semuanya bermula dengan langkah pertama seperti melangkahnya Ibnu Battuta lalu terhasil kisah perjalanannya yang tidak jemu dibaca dan melangkahnya Paulo Coelho sehingga beliau merungut mengembara itu umpama rutin tetapi menjadi latar karya buku beliau.

Mudah Musafir rampai anekdot perjalanan hidup penulis dalam berlainan fasa kehidupan dan tempat dia bermusafir bersama keluarga. Dalam kisah yang mudah, tetap ada ibrah untuk dipetik sambil singgah sebentar di Seoul, Kadikoy dan Otaru.

Bagaimanakah kesudahan kisah mereka nanti? Dapatkan buku di PPK yang berdekatan.

URUS REZEKI

Penulis : Bonda Nor , Aziana Ar | Penerbit : CRESCENT NEWS (KL) SDN BHD |  ISBN : 9789670018188

Ya, saya orang bisnes. Aziana pula makan gaji. Saya seorang yang kalut dan boros Aziana pula seorang yang teliti dan teratur. Perbezaan inilah yang menjadi pelengkap pada naskhah berjudul URUS REZEKI. Perbezaan yang membawa kepada satu titik persamaan yang menjelaskan bagaimana kami menguruskan rezeki masing-masing agar berada di paras stabil, hingga boleh membeli beberapa buah rumah dan melazimi sedekah. Lahaulawalaquwataillabillah. Sebagai seorang yang dah banyak jatuh bangun kendalikan ekonomi sendiri, juga menyaksikan jatuh bangun orang lain, saya faham bahawa sebenarnya kebanyakan kita bukan tak cukup duit, tapi tak urus rezeki dengan baik. Passion kami terhadap bidang pengurusan rezeki inilah yang buat kami menyimpan hasrat untuk menulis satu buku khas berkenaannya. Semoga hasrat dan objektif penulisan buku ini tercapai dan memberi manfaat pada masyarakat. Selamat membaca dan selamat mengurus rezeki kita!

Dapatkan buku di PPK yang berdekatan.

KATEGORI

Koleksi Buku & Bahan Rujukan

RAK TERBUKA

Koleksi ini dilabelkan sebagai RT di tulang buku. (spine)

RUJUKAN

Koleksi ini dilabelkan sebagai RUJ di tulang buku. (spine)​

AUDIO VISUAL

Koleksi audio visual terdiri daripada CD-ROM dan video.

SURAT KHABAR

Terdapat 6 judul suratkhabar yang dilanggan setiap hari

BUKU-BUKU BRAILLE

Koleksi buku bagi orang-orang cacat penglihatan.

MAJALAH/JURNAL

Terdapat 37 judul majalah/jurnal dalam dan luar negara yang dilanggan setiap bulan.​

MULTICULTURAL CHILDREN LIBRARY

Koleksi Buku Kanak-Kanak Malaysian Board on Books for Young People (MBBY). Buku-buku ini tidak boleh dipinjam dan terdapat di PPK P11.​

TANDA MERAH

Koleksi ini adalah tertutup (close-accessed) dan tidak dipamerkan di rak. Koleksi ini dilabelkan sebagai TM di tulang buku (spine). Pengguna boleh merujuk di kaunter untuk mendapatkan koleksi tanda merah.

Membaca
Jambatan Ilmu. Membina Tamadun. |

Kembangkan pengetahuan, luaskan perspektif.

Memberi akses ilmu pengetahuan dan kemudahan pembelajaran kepada warga Putrajaya & sekitarnya.

INFO

Syarat & Terma

Dasar Privasi

Dasar keselamatan

Hubungi kami

© 2025 Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) Putrajaya