LAMAN WEB RASMI

PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN (PPK) PUTRAJAYA

Pusat Sumber Braille

PENGENALAN

Pusat Sumber Braille

Pusat Sumber Braille Putrajaya yang bertempat di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 9 telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya pada 07 November 2015. Penubuhan Pusat Sumber ini adalah hasil daripada kerjasama di antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan KL Braille Resources. Tujuan utama pembukaan Pusat Sumber Braille adalah untuk berfungsi sebagai pusat sehenti yang menyediakan bahan bacaan dalam format Braille, alat tulis Braille, teknologi percetakan, peralatan keperluan khas OKU, kemudahan khusus serta pusat aktiviti untuk program bimbingan dan latihan ke arah memupuk masyarakat OKU sejahtera di Putrajaya selain dari sekitar Putrajaya.

 

AKTIVITI

Program & Aktiviti

Melalui kerjasama antara KL Braille Resources, pihak PPK telah melaksanakan beberapa bentuk program dan aktiviti seperti :

KOLEKSI

Buku & Kemudahan

Sebagai permulaan, Pusat Sumber Braille, Presint 9 menyediakan kemudahan asas seperti menyediakan ruang belajar dan pinjaman buku-buku braille. Sehingga kini Pusat Sumber Braille Putrajaya, memiliki sebanyak 193 naskah koleksi buku-buku braille dan koleksi peralatan alat bantuan cacat penglihatan.

Memberi akses ilmu pengetahuan dan kemudahan pembelajaran kepada warga Putrajaya & sekitarnya.

INFO

Syarat & Terma

Dasar Privasi

Dasar keselamatan

Hubungi kami

© 2025 Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) Putrajaya